Arab Saudi buka semula umrah bermula 4 Oktober

0
36
Kota suci Mekah

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi akan membuka semula kemasukan jemaah umrah bermula 4 Oktober ini selepas mengehadkan ibadah itu sejak penularan Covid-19 pada Mac lalu.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, pembukaan semula Masjidulharam secara berperingkat itu akan dimulakan dengan 6,000 warga negara itu.

“Jemaah dari luar negara pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu bermula 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari,” katanya melalui kenyataan yang diterbitkan Saudi Press Agency, semalam.

Kata kementerian itu lagi, ibadat itu dibenarkan semula sepenuhnya selepas ancaman wabak itu sepenuhnya pulih.

Arab Saudi sebelum ini menangguhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan akibat bimbang penularan Covid-19 ke kota-kota sucinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here