Asri Janggut tolak pelawaan sertai politik

0
184


CYBERJAYA- Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid atau Asri Janggut menolak pelawaan untuk menyertai parti politik.


katanya,, fakus beliau hanya mahu melahirkan 3,000 usahawan Bumiputera, memberi peluang pekerjaan dan membantu keluarga susah. 

“Bismillah… Assalammualaikum  saya telah dilamar untuk join (sertai) politik, keputusan yang ambil seperti berikut.


“Politik bukanlah bidang saya, saya hanya akan fokus melahirkan 3000 usahahawan Bumiputera, memberi peluang pekerjaan, membantu keluarga susah.


“Saya juga sedia membantu mana-mana ahli politik yang ingin melahirkan usahawan dibawah program mereka atau zon mereka,” katanya melalui hantaran Facebook Hot Burger Malaysia hari ini.


Menurut Mohd. Asri, beliau juga bersedia membantu, bekerjasama dan memberikan khidmat nasihat pada bila-bila masa demi kebaikan negara.


“Bagi mana-mana agensi kerajaan, koperasi, usahawan kecil, peniaga jalanan atau individu yang ingin mendapat khidmat nasihat, ingin bekerjasama saya sedia membantu pada bila-bila masa demi kebaikan untuk negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here