ASUS perkenal ZenGimbal untuk telefon pintar

0
38
ZenGimbal keluaran ASUS yang direka untuk keselesaan rakaman video tanpa gegaran.

CYBERJAYA – Pengeluar produk komputer, ASUS baru-baru ini memperkenalkan gimbal telefon pintar tiga paksi untuk penstabilan rakaman video.

Dinamakan ZenGimbal, produk yang dijual pada harga pasaran RM671 ini dilengkapi dengan pelbagai mod pergerakan termasuk putaran 360 darjah.

Antara fungsi lain yang ditawarkan oleh ZenGimbal untuk rakaman kreatif adalah pengesanan objek bergerak, mod putaran vortex, mod rakaman sudut rendah dan mod sudut luas.

Dengan kapasiti menampung berat sehingga 260 gram, ia mampu digunakan untuk hampir kesemua telefon pintar yang berada di pasaran.

Peranti yang disasarkan untuk kegunaan penghasil kandungan media ini dijana kuasa bateri 3050mAh yang dikatakan mampu beroperasi sehingga 10 jam.

ZenGimbal dipakejkan bersama tripod, kabel pengecas, tali, uncang, pengimbang dan beg.

Direka dengan ciri-ciri ergonomik bersaiz poket, gimbal ini adalah penyelesaian terbaik untuk rakaman video bebas gegaran.

Ciri-ciri ergonomik gimbal poket keluaran ASUS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here