Bahrain, UAE meterai perjanjian damai dengan Israel

0
185

CYBERJAYA – Dua buah negara Arab telah menandatangani perjanjian damai dan mengadakan hubungan formal dengan Israel, kata portal The Guardian.

Perjanjian melibatkan Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dilihat sebagai ‘kejayaan’ buat Israel dalam mengukuhkan kedudukannya di rantau Timur Tengah.

“Perjanjian ini merupakan sesuatu yang bersejarah,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sejurus perjanjian tersebut ditandatangani di Rumah Putih, semalam.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Menteri Luar Bahrain, Abdullatif bin Rashid Al Zayani; dan Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Perjanjian ini antara lain membuka peluang untuk kesemua yang terlibat menjalin hubungan diplomatik, hubungan perniagaan dan mengadakan penerbangan terus dari negara masing-masing.

Difahamkan, Israel akan menghentikan usahanya merampas tanah milik Palestin, sekiranya negara Arab lain mengiktiraf kewujudannya.

Menurut Trump, beberapa buah negara Arab lagi sedang menimbang untuk menandatangani perjanjian yang sama.

Perjanjian ini merupakan hasil usaha pihak AS bagi mewujudkan kedamaian di rantau yang sentiasa bergolak tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here