Biskut Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang ada sumber babi

0
1578
Bungkusan biskut Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang kerana menggunakan bahan ramuan daripada sumber babi.

Menurutnya dalam satu kenyataan turut menegaskan syarikat itu bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal.

“Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang yang didakwa tidak halal seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.

“Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal daripada sumber babi,” katanya.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan orang ramai meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya.

“Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

“Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here