Buat taktau je…

0
113

HARI ini, Cakcibor terbaca satu artikel dek kerana menyahut cabaran di media sosial, seorang remaja di Amerika Syarikat kehilangan nyawanya.

Ini bukanlah kali pertama kita dengar benda sebegini berlaku, dan sudah tentu, bukan kali yang terakhir.

Media sosial ni, dia semacam satu benda yang memabukkan, terutamanya bagi golongan yang mengutamakan ‘public acceptance’ dalam hidup.

Kalau kita tengok dengan mendalam, cabaran-cabaran sebegini sebenarnya menghasilkan rasa puas hati pada pelaku yang dapat melakukannya, perangai ‘i am better than you’.

Sekaligus, si pelaku akan dianggap sebagai bintang yang hebat.

Kita jangan nafikan kebaikan media sosial, kerana ia hanyalah alat. Yang perlu kita salahkan dalam bab ini adalah diri kita sendiri.

Mana-mana alat pun, kalau disalahgunakan, fail.

Cara terbaik yang Cakcibor nampak untuk settle kan hal macam ni, ialah abaikan sahaja.

Jangan like, jangan share, dan jangan bagi apa-apa interaksi termasuklah komen sekalipun. Diam sahaja.

Senang cakap, kita buat bodo ja.

Ini akan secara langsung, mematikan rasa seronok si pelaku yang beria-ia mahukan perhatian.

Jangan layan ‘permintaan’ mereka.

Sendiri mau ingatlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here