Bubar Parlimen, serahkan kuasa kepada rakyat

0
1660
Presiden ISMA, Aminudin Yahaya


CYBERJAYA- Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminudin Yahaya berharap Parlimen dapat dibubarkan bagi menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka.


Aminudin berkata, beliau yakin rakyat sudah tidak tahan dengan sikap kebanyakan ahli Parlimen sekarang yang dilihat suka melompat kiri dan kanan tanpa prinsip yang jelas.


Akhirnya kata Aminudin, yang rugi dan menderita adalah rakyat tetapi mereka (ahli Parlimen yang lompat) tetap senang lenang di atas kerusi empuk dan gaji berpuluh ribu. 


Beliau berkata, pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau mendapat sokongan majoriti ahli parlimen dan secara automatiknya Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘jatuh’ tidak mengejutkan.


“Tetapi lebih kepada mengecewakan kerana ia membuktikan wakil-wakil rakyat kita suka dan terlalu senang melompat parti. 


“Apa yang pasti, negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.


“Dalam keadaan pandemik yang menyebabkan ekonomi menjadi teruk ini, pastinya akan menyebabkan rakyat semakin menderita.


“Rakyat berharap agar Yang Di-pertuan Agong dapat berbuat sesuatu bagi mengembalikan ketenteraman dan kestabilan politik negara bagi mengelakkan pelbagai implikasi dan kekacauan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdalu Anwar dalam sidang akhbar hari ini mengumumkqn beliau mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan baharu dan rata-rata yang menyokong beliau adalah ahli Parlimen Melayu dan Islam.


Menurut Aminudin, beliau berharap agar rakyat dapat membuat persiapan dan berani membuat perubahan untuk memilih calon yang paling berwibawa dan berprinsip.


“Tidak kira mana-mana parti sekali pun kerana kita sudah saksikan, parti tidak berjaya ‘mengikat’ diri daripada melompat tetapi sebenarnya prinsip dan kewibawaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here