Covid-19 : 30 sekolah di Lahad Datu ditutup bermula esok

0
48

LAHAD DATU – Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan penutupan 30 buah sekolah di mukim bandar, kawasan Silam dan Silabukan bermula esok sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pengarah Pendidikan Sabah Dr. Mistrine Radin dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah itu diambil sebagai usaha Jawatankuasa Bencana Daerah serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencegah penularan Covid-19 atas nasihat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut beliau, lima buah sekolah menengah di kawasan terlibat masih melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di bilik darjah membabitkan pelajar Tingkatan 5 dan 6.

“Saya harap para guru serta pelajar patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan kes,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dr. Mistrine, PdP bagi kelas Prasekolah hingga Tingkatan Empat akan dijalankan secara dalam talian dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) digalakkan sepanjang tempoh penutupan sekolah itu.

Semantara itu beliau berkata, terdapat 13 sekolah lain ditutup lebih awal untuk tujuan proses nyahcemar, iaitu sebuah di Tawau dan masing-masing tiga di Kunak serta sembilan di Lahad Datu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here