Covid-19: 52 kes positif baharu dilaporkan

0
51

CYBERJAYA – Sebanyak 52 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), 40 daripada kes dilaporkan merupakan kes penularan tempatan, manakala 12 lagi adalah kes import.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-29 yang dlaporkan di dalam negara kepada 10,219 kes.

Sementara itu, terdapat sebanyak 40 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang pulih kepada 9,355 kes.

Setakat ini, masih terdapat 734 yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dengan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 10 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Tiada laporan mengenai kematian diterima, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal 130 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here