Covid-19: Angka kes baharu masih cecah tiga angka, majoriti di Sabah

0
84

CYBERJAYA – Kes positif baharu Covid-19 dalam negara masih mencatatkan tiga angka apabila sebanyak 111 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, 107 merupakan kes penularan tempatan, manakala empat lagi adalah kes import.

Bagi kes penularan tempatan, sebanyak 97 kes dilaporkan di Sabah, diikuti Kedah (8), dan masing-masing satu di Selangor dan Pahang.

“Kes penularan tempatan yang dilaporkan hari ini melibatkan 76 warganegara, dan 31 bukan warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 10,687 kes.

Sementara itu, sebanyak 30 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan sembuh kepada 9,696 kes.

Setakat ini, terdapat 858 kes diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak empat kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian setakat ini kekal 133.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here