Covid-19 boleh jangkiti kucing?

0
62

CYBERJAYA – Satu kajian terbaharu di China mendapati, antara 10 hingga 15 peratus kucing yang diuji di bandar Wuhan, dijangkiti Covid-19.

Menurut portal Dailymail, penemuan ini ditemukan oleh para pengkaji dari Universiti Pertanian Huazhong yang mengkaji risiko jangkitan koronavirus tersebut ke atas haiwan peliharaan.

Bagi kajian berkenaan, para pengkaji telah mengambil sampel darah daripada 141 ekor kucing di antara bulan Januari dan Mac lalu.

Daripada jumlah itu, 102 sampel diambil selepas pandemik semakin menular.

Ujian mendapati, 15 ekor (14.7 peratus) daripada kucing yang diuji mempunyai antibodi Covid-19, manakala 11 ekor lagi (10.8 peratus) mempunyai antibodi SARS-CoV-2.

Dapatan ini secara langsung membuktikan bahawa haiwan peliharaan boleh dijangkiti Covid-19, dan berkemungkinan besar dijangkiti daripada tuannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here