Covid-19: Jumlah kes India hampiri 6 juta

0
38

CYBERJAYA – Jumlah kes Covid-19 di India kini sudah mencecah 5.82 juta, hari ini.

Memetik laporan portal The Guardian, Kementerian Kesihatan India melaporkan sebanyak 86,052 kes positif baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat yang memantau situasi global pandemik ini, India secara konsisten melaporkan pertambahan kes baharu harian melebihi 80,000 sejak Ogos lalu.

Sementara itu, terdapat sebanyak 1,141 kes kematian baharu turut dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kes kematian akibat pandemik tersebut kepada 92,290 kes.

India merupakan negara kedua tertinggi bilangan kes dilaporkan di dunia, di belakang Amerika Syarikat yang mempunyai kes keseluruhan sebanyak 7 juta, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here