Covid-19: Kluster baharu dikesan di Pulau Pinang

0
79
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu di Pulau Pinang yang melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut dikenali sebagai kluster Ara dan melibatkan kes ke-10,024.

“Kes indeks telah dikesan positif Covid-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu berikutan kedatangan kes dari Semenanjung.

“Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu kes positif Covid-19 dikenal pasti di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kes positif tersebut yang juga kes ke-10,217 merupakan anak saudara kepada kes indeks ke-10,024.

Dr. Noor Hisham berkata, kes itu dikesan positif Covid-19 pada semalam dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Sehingga hari ini, sejumlah 16 individu telah disaring. Berdasarkan keputusan saringan dua orang dikesan positif dan 14 dikesan negatif,” ujarnya.

Berikutan itu, Dr. Noor Hisham berkata,l angkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat.

Katanya, punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. KKM akan memaklumkan situasi semasa kluster ini dari semasa ke semasa.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here