Covid-19 : Sabah masih catat kes positif tertinggi

0
27
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA- Kes positif Covid-19 dalam negara berkurangan daripada tiga angka kelmarin kepada 71 kes dalam tempoh 24 jam lalu dengan majoriti kes dikesan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 69 jangkitan tempatan dan dua kes import membabitkan warga asing yang pulang dari Singapura dan Indonesia.

“Kes penularan tempatan melibatkan 43 rakyat Malaysia dan 26 bukan warganegara. Di Sabah sebanyak 63 kes positif baharu dikesan,” katanya dalam kenyataan mengenai Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada 63 kes yang berlaku di Sabah, sebanyak 47 kes adalah dari kluster Bangau-Bangau, kluster Laut (10) dan saringan kemasukan hospital (2).

Kes-kes lain termasuk masing-masing satu kes daripada Kluster Benteng LD dan saringan rujukan ke Hospital Tawau, saringan pra prosedur di Hospital Semporna dan saringan bergejala di pusat perubatan yang kini telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

“Enam lagi kes penularan tempatan melibatkan empat kes di Kedah daripada kluster Sungai dan dua kes di Selangor membabitkan saringan bergejala individu yang mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah,” katanya.

Beliau berkata, tiada kes melibatkan kematian sejak semalam manakala 64 kes dilaporkan pulih dengan enam kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here