Covid-19: Seluruh Selangor kini zon hijau

0
67
Datuk Seri Amirudin Shari

CYBERJAYA – Selepas 41 hari berturut-turut mencatatkan kes aktif Covid-19 di seluruh Selangor, hari ini buat pertama kalinya kesemua daerah dan mukim di negeri tersebut berstatus zon hijau.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan perkembangan terbaharu itu, tiada kes dengan kebolehjangkitan Covid-19 yang wujud di negeri itu.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus lumus ‘merawat’ Selangor.

Taburan kes Covid-19 di Selangor

“Daripada negeri yang paling terkesan dengan Covid-19, kini kita boleh menarik sedikit nafas lega. Jasa serta pengorbanan mereka amat saya hargai dan kagumi,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Sejak wabak tersebut menyerang, sebanyak 2,199 kes telah direkodkan dengan 1,940 merupakan kes penularan tempatan manakala bakinya melibatkan kes jangkitan luar negara.

Dalam pada itu, Amirudin turut menasihatkan seluruh rakyat negeri itu supaya tidak leka dan terus mengamalkan norma-norma baharu.

“Buat seluruh penduduk Selangor khususnya, ini bukanlah bermakna kita boleh bermudah-mudah dengan pengamalan norma baru serta ingkar mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Cukup sekadar sedikit kecuaian, jangkitan tempatan boleh kembali semula.

“Saya menyeru seluruh warga Selangor supaya kita menjaga kebajikan masyarakat dengan terus berdisiplin mengamalkan norma baru dan jangan sesekali memandang ringan terhadap ancaman Covid-19,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here