Cuepacs minta Kerajaan pertimbangkan lantikan semula 55,000 kakitangan kontrak

0
61

CYBERJAYA – Kerajaan diminta mempertimbangkan pelantikan semula 55,000 kakitangan kontrak dalam sektor awam yang ditamatkan perkhidmatan susulan pertukaran kerajaan yang memerintah dua tahun lepas.

Memetik laporan Bernama, pandangan ini disuarakan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat.

“Kita memohon ada pertimbangan khas kepada semua kakitangan kontrak yang telah ditamatkan oleh kerajaan terdahulu supaya mereka ini diambil semula berkhidmat di mana-mana agensi kerana keperluan itu wujud.

“Perkara ini perlu diberi keutamaan selain memberi ruang mereka kembali bekerja selepas terjejas dan sengsara hampir dua tahun berikutan penamatan itu,” kata Adnan dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Kakitangan Kumpulan Sokongan Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Ipoh, hari ini.

Beliau turut berkata, jumlah ini mewakili bekas kakitangan yang pernah berkhidmat di di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.

Beliau menambah, mereka juga berkemungkinan boleh diserapkan sebagai pekerja tetap memandangkan ada sesetengah jawatan yang disandang itu mempunyai waran perjawatan tetap sepertimana yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here