Empat hilang dipercayai bot karam

0
52

KUCHING – Empat hilang apabila kapal dinaiki mereka dipercayai karam di perairan Tanjong Po, Santubong dekat sini.

Berikutan itu, satu operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) telah digerakkan oleh Maritim Negeri Sarawak.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, kejadian itu disedari oleh isteri salah seorang mangsa yang tidak dapat menghubungi suaminya yang turun ke laut bersama tiga lagi rakan.

“Laporan mengenai kehilangan mereka berempat diterima pada pukul 9.30 malam tadi.

“Pangkalan Hadapan Carilamat telah ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak dan petugas ditempatkan di Jeti APMM, Komtas bagi melancarkan kerja-kerja koordinasi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook agensi berkenaan pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here