Empat kedai Aceh di Shah Alam diarah tutup serta-merta

0
652

CYBERJAYA- Sebanyak empat buah kedai runcit yang dikendalikan warga Aceh diarah tutup serta-merta dalam operasi bersepadu di Seksyen 32, di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, semasa operasi, semua pemilik tiada di premis.

Beliau berkata, semasa serbuan, pihak penguatkuasa MBSA turut merampas beberapa tong gas memasak dan minuman berkarbonat.

“Sebanyak sembilan kompaun telah dikeluarkan masing-masing empat kompaun dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007.

“Selebihnya, empat mengikut Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007 Peruntukan 3 (1) dan satu dibawah Akta 171 Seksyen 109,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here