Firdaus Wong Wai Hung dihadiahkan sepucuk ‘pistol’

0
2345

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman memeluk Islam di pusat dakwah Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Wangsa Maju, petang semalam.

Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung berkata, pihaknya dihubungi oleh pegawai polis berkenaan yang mahu melafazkan syahadah selepas yakin untuk meninggalkan agama lamanya dan ‘kembali’ kepada Islam.

“Kami terus ke pejabat untuk membantunya memeluk Islam walaupun cuti umum memandangkan jadual beliau agak padat dan cuti tidak menentu.

“Kami di MRM menguruskan proses pemelukan Islam dan terlibat dalam kes-kes dakwah walaupun pada cuti umum. Tiada hari tanpa dakwah,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya semalam.

Pada pertemuan itu kata Firdaus, pegawai polis berkenaan menghadiahkan sebuah pendrive berbentuk pistol sebagai kenangan pengislaman beliau.

Beliau berkata, setiap manusia secara fitrahnya dilahirkan sebagai Islam dan hanya mereka yang terpilih sahaja diberikan hidayah daripada Allah untuk kembali kepada agama itu.

Firdaus Wong Wai Hung membantu seorang pegawai polis dari Bukit Aman melafazkan syahadah di MRM Wangsa Maju, petang semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here