Fujifilm juarai takhta ‘Raja Bokeh’

0
26

CYBERJAYA – Selepas memberi bayangan pembikinan lensa terbaharu pada awal tahun lalu, Fujifilm baru-baru ini meperkenalkan barisan terbaharu lensanya iaitu XF-50 f/1.0.

Direka dengan bukaan aperture f1.0, lensa sistem kamera mirrorless ini menjanjikan kesan bokeh dan pemfokusan yang cukup mengagumkan.

Dari segi hirarki, ia menjadi lensa dengan bukaan aperture terbesar dengan fungsi autofokus pertama di dunia.

Pilihan terbaharu lensa telefoto pertengahan yang dibina dengan sembilan bilah aperture ini secara automatik menjadi lensa terpantas dalam saingan lensa sistem mirrorless di pasaran.

Direka sebagai ‘killer’ dalam fotografi potret, XF-50 f/1.0 dengan jarak fokal bersamaan 76mm, ini dilihat menjadi satu lagi daya penarik kepada pengguna selepas pelancaran badan kamera Fujifilm X-T4.

Untuk memaksimumkan kapasiti video, lensa yang diperbaharui dengan gegelang fokus berpusingan besar seluas 120 darjah ini pasti memberikan putaran fokus manual yang lancar.

Selain kehebatan kesan bokeh yang jarang ditawarkan kebanyakan lensa, ia juga menambah keupayaan kamera untuk rakaman dalam keadaan kurang cahaya.

Lensa ini diumumkan pada harga jualan sekitar RM6220 (USD1,499).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here