Hati-hati dengan ‘drama queen’

0
189

SEPANJANG karier Cakcibor selama 20 tahun dalam pelbagai sektor, dah bermacam jenis perangai manusia Cakcibor pernah hadapi.

Ada yang baik, ada yang ‘ok’, dan tidak kurang ada juga yang memilih untuk ‘bermusuh’ dengan kita.

Pada yang mementingkan etika dan profesionalisma, teruskan sifat baik itu, dan terus sampaikan nilai-nilai sedemikian pada ‘adik-adik’ dalam dunia kerjaya.

Pada yang mengambil sikap ‘bermusuh’, silakan. Kekurangan anda sebenarnya, ramai yang nampak, tapi memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu wujudkan suasana negatif.

Berhenti la dari tuding jari kepada orang lain, elokkan dahulu perangai disiplin dan kerja sendiri dahulu.

Perangai macam ni, tak bawak faedah kepada sesiapa pun. Nak cari musuh ke, nak cari kawan sebenarnya?

Cakcibor sentiasa berasa pelik dengan kewujudan orang macam ni, dan sentiasa cuba cari jawapan dari mana asalnya perangai tu.

Pembacaan Cakcibor membawa kepada satu laman web mengenai rakan sekerja, dan rupanya, penulis artikel tersebut mengakui suasana tersebut berlaku di mana-mana sahaja.

Dan part yang best nya, rupanya ada banyak jenis pekerja yang macam ni.

Salah satu daripadanya adalah ‘ratu drama’, jenis yang menganggap dirinya seorang yang paling banyak beban kerja. Seolah-olah rakan-rakan yang lain duduk goyang kaki, makan gaji buta kot.

Hakikatnya, rakan yang lain, ada yang punyai tangungjawab yang lebih besar, tapi lebih memilih untuk diam dan buat kerja kerana akhirnya, keputusan adalah lebih penting daripada segalanya.

Perangai toksik macam ni takkan menguntungkan sesiapa pun. Seeloknya, duduk diam siapkan kerja sendiri.

Nanti, dok sibuk sangat tuding jari, komen kerja orang, tanggungjawab kerja sendiri ‘ke laut’.

Sendiri mau ingatlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here