Insiden tiada kaitan projek lebuh raya SUKE – PROLINTAS

0
167
Gambar yang menjadi tular di media sosial menunjukkan keadaan sebuah kenderaan yang remuk pada bahagian bumbung. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang berlaku berhampiran Taman Bukit Cheras di Cheras malam tadi, tiada kaitan dengan pembinaan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE).

Perkara tersebut dimaklumkan kepada media oleh pihak pemaju projek berkenaan, Projek Lintasan Sungai Besi – Ulu Kelang Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media.

“Kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Proton Saga di Taman Bukit Cheras (malam tadi) tiada kaitan dengan pembinaan projek lebuh raya SUKE,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut menambah, kemalangan tersebut adalah satu kemalangan jalan raya dan masih dalam siasatan pihak polis.

“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, insiden ini diklasifikasikan sebagai kejadian langgar lari,” kata kenyataan itu lagi.

“PROLINTAS momohon kepada warga internet untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar yang mengaitkan insiden ini dengan projek SUKE.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here