Jaga keselamatan ketika beraktiviti

0
48

MINGGU lepas, Cakcibor berpeluang mengikuti satu program santai yang dianjurkan oleh sebuah persatuan di sebuah kawasan perkelahan di Pahang.

Walaupun telah agak lama Cakcibor tinggalkan dunia ‘outdoor’, pengalaman sewaktu program ini benar-benar membangkitkan nostalgia tentang kenangan masuk hutan dahulu.

Antara pengisian program termasuk sesi ikhtiar hidup di dalam hutan, pandu arah kompas, dan juga sesi perkongsian pengalaman dengan para pakar.

Paling menarik minat Cakcibor, ketika satu sesi bersama koordinator Persatuan Mencari dan Menyelamat Gunung Malaysia (MOSARS), Abang Jenal yang sudi meluangkan masa beliau untuk berkongsi pengalaman dalam mengkoordinasi operasi pencarian pendaki gunung yang hilang dan ditimpa kemalangan ketika di dalam hutan.

Hampir semua kemalangan dan insiden sesat di dalam hutan dapat dielakkan, sekiranya kita peka kepada suasana dan situasi semasa.

Dari dahulu lagi, sewaktu Cakcibor mula-mula berjinak dengan dunia ‘panjat gunung’, para otai sentiasa menekankan aspek keselamatan, daripada bab pakaian, peralatan, hinggalah disiplin sewaktu trekking.

Dalam beriadah, daripada trekking, berkhemah hinggalah berbasikal pun, aspek keselamatan adalah yang paling utama.

JIka kita tutup mata dan ambil mudah sahaja, risiko keselamatan akan meningkat.

Kita beriadah, tujuannya untuk mendapat keseronokan dan kepuasan, bukannya memburu air mata.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here