Kayangan politik sila kuarantin selepas balik ke Semenanjung

0
79
PRN Sabah sedang hangat ketika ini dengan esok merupakan hari penentuan


APA Khabar Orang Kita…Nampaknya kes baharu Covid-19 semakin meningkat di negara ini dengan kembali mencatat bilangan tiga angka.


Pada hari ini, terdapat sebanyak 111 kes baharu yang telah dilaporkan, ia menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 10,687 kes.


Daripada 111 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import manakala, yang selebihnya merupakan kes jangkitan tempatan.


Menurut statistik, 107 kes jangkitan tempatan itu, sebanyak 97 kes ialah datang dari Sabah iaitu lokasi yang sedang ‘hangat’ ketika ini.


Hangat sebab apa?, tentulah hangat kerana esok adalah merupakan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Tentu sekali ramai yang daripada Semenanjung berkampung di Sabah ketika ini dan tidak mustahil mereka terdedah dengan Covid-19.


Ianya terbukti apabila ada seorang dua pemimpin politik positif Covid-19 apabila pulang dari Sabah, ia disahkan selepas tiba di Semenanjung.


Mintak maaf pun tiada guna, bayangkan berapa ramai yang sudah terdedah dan menjadi kontak dekat kepada pemimpin yang positif itu.


Adakah sebab sekarang agenda politik lebih penting, masalah Covid-19 dipandang enteng sahaja sehingga diabaikan aspek keselamatan.


Apa salahnya jika mereka yang pulang dari Sabah ini dikuarantin sama seperti mereka yang baru pulang daripada luar negara.


Ini untuk kepentingan bersama, tidak kiralah mereka itu peraih undi, pelancong atau pun pemimpin politik sekali pun.


Kita jaga kita, jangan pula ikut kepala dan kepentingan sahaja…Jika rasa terbeban mahu bayar kos kuarantin, minta sahaja parti tangung.


Duit parti berkepok, gunakanlah untuk kebaikan sejagat atau berkira-kira simpan untuk pilihan raya umum tidak lama lagi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here