Kerajaan sambung BPN dengan peruntukan RM7 bilion

0
150
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah melibatkan empat kategori.

“Sebanyak 3.7 juta isi rumah B40 akan menerima RM1,000; sebanyak 3.8 juta kumpulan B40 bujang akan menerima RM500 dan sebanyak hampir 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600.

“Sebanyak 1.7 juta daripada kumpulan M40 akan menerima RM300. Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya
pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober
adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Beliau berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 dna kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

“Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here