Kilang proses ayam kotor, berbau busuk diarah tutup operasi

0
89
Keadaan kotor sebuah kilang memproses ayam di Spring Crest Industrial Park

CYBERJAYA – Sebuah pusat memproses ayam yang terletak di Spring Crest Industrial Park, Batu Caves, Kuala Lumpur diarahkan tutup selepas didapati tidak mempunyai tahap kebersihan yang memuaskan.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan, serbuan itu dilakukan oleh enam orang petugas daripada Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL pada pukul 10 pagi hari ini.

“Hasil pemeriksaan dibuat mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan. Lantai premis kotor serta berdaki hitam

“Selain itu, keadaan premis tidak tersusun kemas dan tiada amalan FIFO (First In First Out); peti sejuk beku tidak diselenggara dengan baik, kotor dan berbau busuk,” katanya hari ini.

Pada masa sama, katanya, pemeriksaan itu juga mendapati terdapat sisa makanan di atas lantai, longkang awam penuh dengan sampah sarap dari premis tersebut dan pemprosesan makanan yang dilakukan kurang dari 0.45 meter dari aras lantai.

“Notis Perintah Penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa 15 September 2020 telah dikeluarkan terhadap pengendali premis tersebut.

“DBKL akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan khususnya terhadap premis berkaitan makanan di sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan pengendali premis ini mematuhi peraturan dan tahap kebersihan yang telah ditetapkan,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here