Kita jaga kita, setiap masa

0
9
GAMBAR HIASAN

KESIHATAN mental sering dianggap sebagai tabu dalam kalangan masyarakat dan amat jarang diungkitkan.

Tak kira budaya, agama mahupun fahaman, masyarakat umumnya menjauhkan diri bila berdepan isu ini dan menganggap bahawa ia bukanlah sesuatu yang ‘penting’ untuk diperkatakan di khalayak.

Namun, sedar atau tidak, setiap daripada kita hampir saban hari diuji dari segi mental.

Tak kira di mana pun, mental kita sentiasa diuji dengan pelbagai karenah, isu dan permasalahan.

Bukan semua kesihatan mental disebabkan oleh faktor biologi, banyak juga kes yang disebabkan oleh faktor luaran lain seperti isu di tempat kerja, isu keluarga, isu kewangan dan pelbagai lagi isu yang dianggap sebagai penting.

Sebagai orang Islam, agama mengajar kita supaya berserah segalanya kepada Allah.

Namun, bagi sesetengah orang, this is easier said than done.

Cakcibor tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana persekitaran, terutamanya faktor keluarga dan rakan-rakan, memainkan peranan penting dalam membentuk individu tersebut.

Dalam bab Covid-19, kita sering laungkan ‘kita jaga kita’.

Apa salahnya dalam bab kesihatan mental, kita turut laungkan kata-kata dan pamer semangat yang sama.

Jika anda punya rakan yang kelihatan ‘sudah agak lain macam’, cepat-cepatlah dekati. Kadang-kadang, dengan hanya bertanyakan khabar sahaja, sudah cukup menenangkan minda si polan yang berselirat.

Ingat, ‘kita jaga kita’, setiap masa dan ketika.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here