LHDN sediakan FAQ untuk pengguna dapatkan maklumat BPN2.0 dan GKP2.0

0
485
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memuat naik soalan lazim (FAQ) mengenai Bantuan Prihatin Nasional
(BPN) 2.0 dan Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0 telah dimuat naik di portal rasmi miliknya bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, maklumat itu boleh dicapai di pautan pantas
http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BPN_2.0_1.pdf untuk BPN2.0.

Contoh FAQ yang disediakan

“Untuk bantuan GKP 2.0 maklumat berkenaan boleh diperoleh menerusi
http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_2.0_1.pdf,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut LHDN lagi, untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

Katanya, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara).

“Orang ramai juga boleh berhubung melalui HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here