Mahdzir Khalid nafi sokong Anwar jadi PM

0
148
Tangkap layar portal berita yang mengaitkan pemimpin UMNO menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri

CYBERJAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan beliau menyokong gerakan untuk menubuhkan kerajaan baharu seperti diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya, Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.

Sebuah portal berbahasa Inggeris hari ini mengaitkan 19 ahli Parlimen UMNO menyokong gerakan bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Antara yang dikaitkan dalam senarai itu juga ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here