Mangsa keracunan gas karbon monoksida sudah sedarkan diri – PDRM

0
71
Empat orang sahabat ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah berhenti rehat di sebuah stesen minyak di Hentian Sama Gagah, minggu lepas. – GAMBAR FAIL

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, mangsa insiden keracunan gas monoksida tunggal yang terselamat pada minggu lepas, sudah mula sedarkan diri.

Menurut Bernama, mangsa, Nor Aqilah Mohd Safwan,21 kini berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala LUmpur.

“Pihak kami telah menerima maklumat bahawa mangsa berkenaan telah sedarkan diri dan dia mengecam ahli keluarganya dengan menganggukkan kepalanya apabila ditanya,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad, malam tadi.

Insiden yang berlaku pada minggu lepas di Hentian Sama Gagah, Pulau Pinang mengorbankan saudara kembar No Aqilah, Nor Adilah, dan dua lagi rakan mereka, Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri.

Kesemua mangsa merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Baru Caves, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di hentian tersebut, akibat keracunan gas karbon monoksida.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here