Mangsa keracunan gas karbon monoksida terima rawatan HBOT di Hospital Tuanku Mizan

0
192

CYBERJAYA – Salah seorang mangsa insiden keracunan gas karbon monoksida di Butterworth kelmarin, kini sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, bagi menjalani terapi oksigen hiperbarik (HBOT) di hospital berkenaan.

Menurut pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan, mangsa tersebut dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada hari kejadian.

“Pesakit tersebut masih dipantau dan diberi rawatan rapi dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan beliau yang belum menunjukkan perkembangan positif,” kata kenyataan tersebut.

“Pihak ATM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan situasi terbaik buat mangsa dan semoga keluarga beliau diberi semangat dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” kata kenyataan itu lagi.

Rawatan HBOT melibatkan pesakit dibekalkan dengan oksigen bertekanan dua atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada biasa, dan rawatan ini mampu mempercepatkan kadar pertukaran karbon monoksida yang toksik dengan oksigen di dalam darah.

Kelmarin, empat orang gadis ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di sebuah stesyen minyak di Pulau Pinang.

Dua daripada mangsa ditemukan sudah meninggal dunia, manakala dua lagi dalam keadaan kritikal.

Salah seorang mangsa yang kritikal kemudiannya meninggal dunia semalam ketika sedang menerima rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here