Maqis Johor rampas 1,248 kg limau mandarin

0
92

CYBERJAYA- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas sebanyak 1,248 kilogram (kg) limau mandarin yang bernilai RM12,480.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, rampasan berkenaan dibuat selepas mendapati buah berkenaan tidak memiliki permit import yang sah.

Beliau berkata, perkara berkenaan terbongkar setelah pihaknya menahan sebuah lori di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru pada pukul 1 petang semalam. 

“Ketika Maqis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Fuso, kita berjaya menemukan semua limau mandarin jenis Honey Murcott itu.

“Pemeriksaan dibuat mendapati barang dagangan tersebut tidak memiliki permit import sah daripada Maqis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambah Nur Afifah, pemandu kenderaan berusia 47 diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). 

“Maqis komited menguatkuasakan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here