Memahami fitrah anak

0
47
Gambar hiasan

BUAT teman-teman, kenapa penting kita mengetahui fitrah anak? Kenapa pula Coach Fadzil, coach bisnes, sekarang ni cakap pasal anak pulak? Bagi yang lupa, saya juga adalah pengasas Brainy Bunch yang wujud lebih 10 tahun.

Saya nak bicarakan tentang anak itu sendiri; dari kecil sampai besar dan sehingga dia tak ada. Seseorang anak akan kekal menjadi anak kita sehingga dia meninggal dunia. Tapi, apa yang kita nak tahu tentang fitrah anak ini?

ANAK KEMBAR PUN BERBEZA PERANGAI

Ramai ibubapa ikut apa yang orang lain buat kerana mereka tiada masa untuk memahami sebenarnya apakah peranan ibu dan ayah. Biasanya pulak kita begitu menjaganya di peringkat awal, tetapi selepas itu kita kurang memahani apabila anak kita meningkat dewasa.

Pada dasarnya setiap anak itu tak sama walaupun jika dia ada kembarnya. ALLAH swt telah jadikan dia berbeza. Saya ada lima orang anak yang mana kelima-limanya mempunyai perangai yang berbeza dari segala segi. So, fitrah pertama ialah mereka berbeza.

Kedua, anak-anak ini khususnya di awal 6-7 tahun atau 11 tahun pertama dalam pendidikan, iaitu dari sekolah rendah hingga menengah, kita akan nampak kecenderungan mereka belajar melalui permainan.

Kerana itulah persekitaran belajar mereka mesti terbuka dan ada keselesaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Mereka mahu kebebasan memilih. Mereka tak suka diikat. Kalau kita suruh mereka duduk diam-diam mendengar nasihat, mereka memang sukar menerima dalam keadaan begitu.

Memanglah kebanyakan kita lakukan hal itu kita lakukan sekarang. Tetapi itu bukan fitrah mereka. Pelajar sekarang juga lebih vokal, tidak seperti pelajar zaman dahulu. Dahulu anak-anak anak akan mendengar sahaja. Sebaliknya anak-anak sekarang akan bertanya, mengapa?

JANGAN MARAH PADA ANAK YANG BERTANYA

Biasanya ibubapa yang kurang arif akan marahkan anak yang banyak bertanya. Sebenar sikap suka bertanya itulah yang kita perlukan dari anak-anak yang membesar. Kita pun tak mahu mereka yang bekerja dengan kita untuk mendengar sahaja tetapi tidak bertanya.

Kalau pun mereka mendengar, mereka tidak semestinya ‘samikna wa athokna, iaitu kami dengar dan patuh. Tetapi kalau anak-anak ini kita layan soal jawabnya, termasuk menjawab yang kita tak tahu kalau kita tak tahu, itu tak ada masalah buat mereka.

Kedua, kata-kata kita kurang berkesan jika kita ‘ikat’ dia sejam dua. Kita kena benarkan mereka punyai kebebasan untuk bergerak. Ketiga, mereka lebih cepat belajar apabila mereka ada dalam satu kumpulan yang pelbagai.

Kalau di sekolah Brainy Bunch, ia dipanggil ‘mix age classroom’ dengan pelbagai latar belakang dan juga pelbagai usia. Memang inilah perseitaran yang wajib dalam pendidikan Montessori. Di dalam kelas kami terdapat perbezaan usia para pelajar, 4, 5, 6, tahun. Mengapa kita letak mereka dalam usia berbeza?

KENAPA ANAK KECIL LEBIH CEPAT PANDAI

Biasanya dalam keluarga, kita akan lihat anak yang lebih kecil akan lebih laju pemahaman pelajarannya. Mengapa begitu? Sebab dia ada abang atau kakak dia yang menjadi rujukan. Ini adalah kerana, motivasi anak yang kecil itu ialah, dia nak jadi macam abang atau kakaknya.

Idolanya yang pertama adalah abang atau kakaknya. Kalau di sekolah, bagaimana? Cubalah gabungkan mereka dan lihat apa yang akan berlaku. Yang muda akan lihat abang dan kakak sebagai panduan, yang abang dan kakak pula akan menyerlahkan kebolehan kepimpinan.

Walaupun dia mungin anak tunggal di rumah, di sekolah mereka akan menjadi senior sebab dia akan diasuh menjaga yang lebih kecil. Kalau semuanya sama usia, cross learning tidak berlaku.

Sebab itu pembelajaran di usia ini, kalau kita garang dengan anak-anak kita, mereka juga akan jadi garang apabila mereka besar. Saya teringat anak saya di sebuah sekolah antarabangsa, bila angkat tangan nak tanya soalan pun dah kena marah.

LATIHKAN SUPAYA ANAK PANDAI BERTANYA

Di antara orang pandai dengan yang tak pandai ialah, orang pandai adalah mereka yang boleh bertanya soalan yang betul. Untuk bertanya soalan yang betul, mereka harus melalui pendidikan yang panjang agar mereka dapat berfikir sebelum bertanya.

Apa yang terlintas di fikiran untuk bertanya itu datang melalui latihan. Kita kena faham bahawa fitrah anak ini berbeza-beza dari segi cara pembelajaran. Ada yang belajar melalui mendengar, ada yg secara visual dan yang kinestatik, itu adalah yang mudah pandai melalui perbuatan.

Kita kena faham anak kita lebih di mana samada audio, visual atau kinestatik? Maklumat ini boleh menjadi input kepada guru anak kita. Di Brainy Bunch, murid-murid ini akan mendapat ketiga-tiga jenis pendekatan pembelajaran.

BAGAIMANA NABI SAW BELAJAR?

Kita juga perlu tahu kita nak anak kita jadi apa? Ataupun tak sure atau pun tak tau. Saya yang baru belajar dari seorang guru, diberitahu kita kena tahu anak kita nak ikut acuan mana? Sebagai orang Islam kita berpandukan ‘laqad kaana lakum fii rasuulillahi uswatun hasanah’ ~ terdapat pada diri Rasulullulah satu contoh yang baik.

Roadmap kita kena ikut Nabi saw dengan beberapa pemerhatian dan kita harus mengikutinya. Pertama, kita dapati Nabi saw tak pergi sekolah. Ini bukan bermakna kita tak patut suruh anak-anak kita ke sekolah. Tapi sebenarnya kita kena studi cuba bawa pengalaman Nabi ke dalam pembelajaran di sekolah kita.

Kedua, sebenarnya Nabi belajar bukan di suasana persekitaran kehadiran ibu dan bapa. Dua tahun pertama Nabi saw dah dihantar ke ibu susuan dia. Bi’ah dia ataupun persekitaran dia adalah bi’ah luar. Suasana keluarga bukannya tak penting, tetapi pendidikan dari luar itulah yang penting. Contohnya, kalau cikgu beritau sesuatu, ia lebih lekas difahami daripada apa yang ibu ayah beritahu.

Roadmap bi’ah itu yang lebih powerful. Guru itu lebih aula. Hamatussadiah, ibu susuan Nabi saw itulah guru dan pengasuhnya. Itulah environment yang asing dalam pembelajaran. Itulah lebih baik.

NABI SAW SUDAH BEKERJA SEJAK KECIL
Ketiga, Nabi saw tidak ke sekolah, tetapi sebaliknya Nabi saw pergi bekerja. Jadi, dalam sistem pendidikan kita, cari sekolah yang boleh mendidik hal-hal alam pekerjaan. Ataupun sekolah-sekolah kena ubahsuai sistem pembelajaran mereka untuk meorientasikan anak-anak muridnya.

Di Montessori, dia mesti selesaikan kerja dia pada waktu yang ditentukan. Dalam proses itu mereka belajar lebih tinggi dan lebih banyak.

Keempat, Rasulullah saw adalah seorang pedagang. Rasulullah menjadi businessman. Berapa ramai di antara kita pula yang nak anak kita jadi businessman atau pedagang? Ramai yang tak mahu. Ramai juga parents yang tak kisah anak dia nak jadi apa pun.

Kata, kita nak ikut Nabi, kan? Kita nak ikut sunnah dia. Berdagang ini sunnah. Sepatutnya kita buat roadmap jadikan anak kita sebagai pedagang. Saya cuma menyatakan fakta-fakta bahawa Rasulullah saw adalah pedagang. Sebagai ibubapa, kita boleh mencorakkan anak kita.

Mestilah akhirnya ALLAH swt yang tentukan masa depannya. Tetapi kita kena usaha dulu nak kut Nabi saw kerana dia dah beri kepastian, ikutlah sunnah dia untuk berjaya.

APA KUASA ORANG BISNES?

Kenapa pedagang? Pedagang adalah orang yang mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang dia nak buat pada hidupnya.

Kalau kita bekerja, secara tak langsung, kita bergantung kepada orang yang berkuasa ke atas diri kita. Tetapi kalau kita pedagang, kita yang tentukan. Kita yang berkuasa kepada apa yang kita lakukan.

Kalau kita perhatikan roadmap rasulullah saw, baginda bekerja sebagai pengembala kambing, kemudiannya beliau berdagang mengkut datuknya Abdul Mutallib. Sehingga baginda berkahwin dengan Siti Khadijah.

Bila turunnya wahyu memerintahkan Nabi saw berdakwah, maka Nabi berdakwah. Jadi saya cadangkan setelah kita memahami fitrah anak, seperti Rasulullah saw yang belajar teori sedikit tetapi praktikalnya lebih. Mengikut pandangan saya, praktikal mesti 70 %, teori 30 % sahaja.

Contohnya dalam mempelajari Bahasa, kita belajar teori tetapi kurang praktikal. Contohnya biola hendak menyebut perkataan L-I-D. Tapi anak kita tak faham apa maksud ‘LID.’ Kita bukannya Mat Salih yang menggunakan bahasa Inggeris secara harian.

Tapi macam mana hendak mempraktikkan perkataan itu dalam bentuk praktikal? Jadi kita kena tunjukkan objek ‘LID’ secara visual iaitu ‘PENUTUP.’ Jadi, selain daripada faham, seseorang anak akan menegrti apa itu ‘LID’ bila dia boleh pegang objek itu. Begitulah pelajaran secara teori dengan praktikal.

AJARKAN ANAK ILMU, BUKANNYA INFORMASI

Betapa pun, kunci proses ini ialah mengajar anak asas belajar, bukannya mengajar anak tentang informasi. Kalau nak mengajar informasi, Google lagi hebat. Maknanya apa yang diajar secara praktikal akan mudah diingati anak.

Kembali kepada roadmap ialah hendak menjadikan anak seorang pedagang supaya dia akan bawa satu lagi peranan Nabi saw iaitu menjadi pendakwah. Bila baginda berdagang, dia menjadi orang yang berjaya.

Apabila kita taat kepada ALLAH menurut cara Rasulullah saw, pastilah ALLAH menjadikan kita berjaya di dunia dan akhirat. Orang berdagang ini bebas untuk melaksanan tugas dakwah melalui bi lisan atau bil mann iaitu secara percakapan dan juga secara amalan.

Ketiga baharulah menjadi penjihad, iaitu berusaha habis-habisan untuk berjihad sepenuh masa. Hanya orang yang berdagang boleh menjadi pendakwah dan penjihad sepenuhnya kerana orang yang bekerja dan berniaga mempunyai masa yang tidak ditentukan oleh orang lain.

APA PRASYARAT JADI UMAT TERBAIK?

Untuk memahami fitrah anak, dan roadmapnya, kita kena pastikan anak kita dibangunkan sebagai orang Islam dan umat yang terbaik seperti dalam surah Ali Imran: 110.

‘Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH.’
ALLAH telah nyatakan bahawa umat Muhammad saw adalah umat terbaik.

Namun ada syaratnya. Syaratnya ialah mengajak orang berbuat baik dan mencegah membuat kemungkaran. Jadi kita kena ajar anak kita untuk berdakwah.

Kalau dia nampak hal-hal yang mungkar, dia kena tahan dan hentikan. Kita sebagai ibubapa pun sama juga menjadi umat yang terbaik. Kita beriman kepada ALLAH tetapi tanda kita tunjukkan keimanan kita ialah apakah kita mengajak orang berbuat baik.

Secara online, tak susah hendak mengajak orang berbuat baik. Salah satunya ialah berkongsi video ini. Ajak orang untuk mendengar tazkirah semoa mendapat manfaat. Itu satu contoh ajakan. Dan jika hendak melarang kemungkaran, kta tak boleh cakap pada benda yang kita sendiri tak lakukan.

Contohnya, ajakan menghentikan riba. Kalau kita ada kekuatan menghentikan, kita kena buat. Kalau ada staf yang tak solat, kita ajak dia bersolat. Kalau dia membawang, kita hentikan dengan mengatakan tindakan dia bertentangan dengan hukum ALLAH swt. dan menyuruh dia hentikan.

Bila nampak orang marah, kita ingatkan dia untuk tidak marah dan ingatkan janji syurga bagi orang yang sabar.

Memahami fitrah anak dan roadmap Nabi saw sebagai the best creation. Kalua kita nak anak berjaya, ikutlah cara Rasulullah saw. Jadikan dia pedagang, pendakwah dan penjihad. Kalau nak buat sendirian sememangnya payah.

Sebab itu kita kena duduk dalam jemaah. Kalau tak ada jemaah, marilah sertai jemaah Coach Fadzil. Bolehlah ikuti program-program yang kita buat. Ambillah ruang dan peluang yang ada. Semoga kita semua memperoleh bermanfaat.

Oleh: Coach Fadzil Hashim (Pengasas Brainy Bunch dan Malakat Mall)

PENAFIAN: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here