Menteri Besar Terengganu jalani kuarantin 14 hari

0
121
Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

CYBERJAYA – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari selepas berlaku kontak dengan dua individu positif Covid-19 beberapa hari lalu.

Menurut Setiausaha Politiknya, Muhyidin Abdul Rashid, Ahmad Samsuri telah menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) Covid-19 dan disahkan negatif, namun perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti.

“Tindakan pantas telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk mengenalpasti, menghubungi dan menjalankan ujian Covid-19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan.

“Pemantauan berterusan juga sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan negeri dengan penuh dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, meskipun perlu menjalani perintah kuarantin Menteri Besar akan tetap mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri pada 30 September ini secara video atas talian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here