Op Benteng: Empat warga asing disyaki positif Covid-19

0
43

SHAH ALAM – Tiga lelaki dan seorang wanita warga asing yang ditahan dalam Op Benteng ketika cuba menyelinap masuk ke negara ini pada 14 September lalu disyaki positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asistan Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, empat daripada 77 pendatang asing yang ditahan itu didapati positif Covid-19 melalui ujian saringan awal yang dijalankan.

“Hasil ujian mendapati empat pendatang asing dipercayai positif Covid-19 dan mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani saringan kali kedua.

“Mereka yang didapati positif berusia antara 25 hingga 47 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebanyak 77 pendatang asing warga Indonesia dipercayai dari Tanjung Balai berusia satu hingga 58 tahun itu ditahan di perairan Pulau Ketam pada Selasa lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here