‘Penghantaran vaksin Covid-19 bakal menjadi misi terbesar penerbangan kargo dunia’ – IATA

0
144

CYBERJAYA – Operasi penghantaran vaksin Covid-19 ke seluruh dunia dijangka akan menjadi satu cabaran paling besar buat industri penerbangan.

Menurut portal BBC, perkara itu disuarakan oleh Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Alexandre de Juniac.

Walaupun belum ada lagi vaksin yang sudah siap untuk diedarkan, namun, pihak IATA sudah mula mengatur pelan pergerakan dan penghantaran dengan kerjasama syarikat penerbangan, lapangan terbang, badan kesihatan dunia dan firma perubatan.

“Penghantaran vaksin Covid-19 bakal menjadi misi terbesar penerbangan kargo dunia.

“Ia tidak akan berlaku tanpa perancangan yang rapi, dan masa untuk merancang adalah sekarang,” kata de Juniac.

Penerbangan penghantaran vaksin adalah lebih rumit daripada proses penghantaran kargo biasa.

Bukan semua jenis pesawat sesuai dijadikan pesawat penghantar kerana ia memerlukan suhu di antara 2 hingga ke 8 darjah Celsius bagi mengelakkan vaksin tersebut menjadi rosak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here