Pengurangan kelajuan Unifi, SKMM jalankan siasatan

0
133

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan Internet yang melanggar hak dan kepentingan pengguna.

Peringatan itu dimaklumkan dalam satu kenyataan hari ini berhubung aduan terhadap Telekom Malaysia (TM) atas dakwaan mengurangkan kelajuan pakej Internet, Unifi.

Sehubungan itu, SKMM telah memulakan siasatan terhadap aduan berkenaan dan memberi jaminan siasatan isu akan dilakukan secara telus dan adil.

Menurut kenyataan itu, aduan pengguna mendakwa kelajuan muat naik pakej Unifi 200Mbps bersama pakej yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps.

“Pengadu mengesan pakej tersebut telah berubah sejak 2 September dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps.

“Aduan ini turut dilaporkan oleh beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terpedaya dengan tawaran yang dibuat dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu,” katanya.

SKMM berkata, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuat kuasa oleh SKMM memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan tindakan sewajarnya akan diambil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here