RTX 3090 kad grafik bangsawan paling optimum

0
44
ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3090

CYBERJAYA – Pengeluar komponen komputer, ASUS baru-baru ini memperkenalkan kad grafik (GPU) berkuasa tinggi terbaharu, ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3090.

GPU ini merupakan versi ‘abang’ kepada ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3080 yang dilancarkan sebelum ini pada harga RM3,360 seunit.

RTX 3090 menawarkan keupayaan unit pemprosesan grafik dengan memori GDDR6X 24GB dan 10,4967 teras CUDA.

Berada pada kelompok teratas dalam rating GPU, RTX 3090 dikatakan mampu memainkan permainan video pada penyelarasan resolusi dan grafik paling optimum termasuk 4K.

Peranti yang dicipta sebagai GPU bangsawan ini dibangunkan dengan sistem penyejukan GPU tiga bilah kipas yang sama pada RTX 3080.

Manakala untuk penyambungan kepada monitor, pengguna disediakan dengan dua palam HDMI 2.1 dan tiga palam DisplayPort 1.4a.

Maklumat daripada ASUS Malaysia mengumumkan kad grafik ini sudah berada dalam pasaran tempatan dan boleh didapati pada harga RM7,208. Game On!

GPU dengan penyejukan tiga kipas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here