Satu pertiga rakyat Kosovo anggap Covid-19 ‘satu penipuan’

0
183

CYBERJAYA – Satu pertiga daripada penduduk Kosovo menganggap pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini adalah ‘satu penipuan’.

Menurut AFP, dapatan ini diperoleh menerusi satu pungutan suara oleh firma Pyper.

Pungutan suara yang sama turut mendapati, 61 peratus penduduk percaya ‘Covid-19 adalah tidak merbahaya’, kata Ketua Pengarah Operasi Pyper, Ilir Krasniqi.

Kosovo merupakan bekas wilayah Serbia dan mempunyai seramai 1.8 juta penduduk.

Situasi ini membuatkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Avdullah Hoti terpaksa melihat kembali cara bagaimana krisis ini dikendalikan, dan menyusun kembali langkah penyampaian maklumat kepada rakyat.

Sebagai contoh, pihak kerajaan kini membenarkan kru televisyen untuk membuat rakaman di dalam hospital yang merawat pesakit Covid-19.

“Beritahu mereka yang tidak percaya (bahaya Covid-19) di luar sana, apa yang anda lihat disini.

“Ini bukan gurauan. Bagaimana masih ada orang yang percayakan Covid-19 tidak wujud?” kata seorang warga tua yang baharu sahaja pulih selepas dua minggu bertarung nyawa, kepada sebuah stesen televisyen.

Pengikut golongan yang mempercayai Covid-19 adalah satu penipuan semakin berkembang di seluruh dunia, dari Perancis ke Australia, termasuk di Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here