Saya masih Perdana Menteri yang sah – Muhyiddin

0
308
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih tetap berdiri teguh dan beliau masih menjadi Perdana Menteri yang sah.

Berikutan itu, Perdana Menteri berkata, dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai majoriti mencukupi perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan PN masih berdiri teguh dan saya masih Perdana Menteri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang dianggotai majoritinya ahli Parlimen Melayu Islam.

Sementara itu, Muhyiddin juga meminta rakyat kekal bertenang menghadapi isu tersebut.

“Insya-Allah isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here