Shahril Hamdan akui positif Covid-19 selepas berkempen di Sabah

0
96

Shahril Sufian Hamdan

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilaporkan positif Covid-19 selepas menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau menerusi Twitternya pagi ini selepas membuat ujian saringan di Kuala Lumpur.

“Positif Covid-19. Tiada simptom yang jelas melainkan penat sedikit.

“Buat keputusan untuk mengambil ujian semalam di Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga selepas kes melonjak naik kerana saya berkempen di Sabah.

“Baharu sahaja menerima panggilan dan akan menerima rawatan hari ini,” katanya.

Justeru, beliau memohon maaf kerana akan menimbulkan kesan kepada mana-mana pihak yang merupakan kontak rapatnya.

Shahril berada di Sabah sejak beberapa hari lepas bagi menyertai Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) 

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii  disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here