Syarikat tambang murah Australia gulung tikar

0
176

CYBERJAYA – Syarikat penerbangan tambang murah Australia, Tigerair mengumumkan penutupan operasi selepas terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

Syarikat yang sudah 13 tahun beroperasi itu mengesahkan pemberhentian melalui satu emel yang diedar kepada pelanggan pada Khamis lalu, lapor Xinhua.

Dalam kenyataannya, Tigerair memaklumkan pelanggan yang masih mempunyai tiket yang sah supaya mendapatkan ganti semula kredit perjalanan dengan syarikat induk iaitu Virgin Australia.

“Dukacita, setelah hampir 13 tahun beroperasi, satu keputusan yang amat sukar terpaksa kami ambil iaitu menamatkan perkhidmatan jenama Tigerair Australia.”

“Ini adalah masa yang sukar buat semua yang terlibat dalam industri pelancongan,” kata kenyataan itu.

Tigerair memulakan penerbangan pertama di Australia pada 2007 dan meraih keuntungan pada awal 2010 setelah menawarkan penerbangan tambang murah di laluan domestik yang popular.

Syarikat itu kemudian dimiliki sepenuhnya oleh Virgin Australia pada 2014.

Virgin Air baru-baru telah mengambil langkah penyusunan semula aset dan liabiliti berikutan penularan wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here