Negara catat kes harian tertinggi hari ini

0
132

CYBERJAYA – Negara mencatatkan angka kes harian Covid-19 tertinggi yang baharu hari ini, apabila sebanyak 1,228 kes dilaporkan, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, 1,217 kes adalah akibat penularan tempatan manakala 11 lagi adalah kes import.

Sabah mencatatkan bilangan tertinggi kes baharu iaitu sebanyak 889 kes, diikuti Negeri Sembilan (96) dan Selangor (76).

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara adalah sebanyak 25,742 kes.

Sementara itu, kadar kes yang pulih turut mencatatkan angka harian tertinggi hari ini apabila sebanyak 671 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 16,555 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 8,966 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 92 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian turut meningkat hari ini apabila sebanyak 7 lagi kes kematian dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 221.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here