1Utama dibuka semula tapi ramai masih bimbang, minta tutup

0
29
Kakitangan di pusat beli belah itu melakukan saringan Covid-19 secara beramai-ramai baru-baru ini

CYBERJAYA – Pusat beli belah, 1 Utama beroperasi semula hari ini selepas ditutup hampir seminggu berikutan penularan kes Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

Menurut pengurusan pusat beli belah itu dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya, pembukaan itu dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Waktu operasi pusat beli belah ini ialah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

“Bagaimanapun, beberapa penyewa lain akan beroperasi antara pukul 11 pagi hingga 8 malam,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut pengurusan pusat beli belah itu, pihaknya akan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat mengikut garis panduan KKM.

“Kami memahami kebimbangan banyak pihak, namun kami telah memastikan semua pekerja di sini termasuk polis bantuan dan pengawal keselamatan disaring dan bebas daripada Covid-19 sebelum beroperasi semula,” katanya.

Sementara itu, warga maya yang meninggalkan komen dalam hantaran tersebut meminta pusat beli belah itu mengkaji semula keputusan untuk membuka operasi esok.

Kes baharu Covid-19 di seluruh negara

Ini berikutan peningkatan kes di Selangor yang mana kes harian hari ini adalah sebanyak 159 kes di negeri itu.

Lebih membimbangkan apabila 89 kes berpunca daripada kluster sedia ada dan 45 kes baharu berpunca daripada kluster Utama.

Kes indeks bagi kluster itu bermula daripada seorang pengawal pusat beli belah tersebut yang disahkan positif Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here