33 pelajar STIAS Senawang disahkan positif Covid-19

0
255
Sebahagian pelajar STIAS Senawang menunaikan solat berjemaah mengikut SOP ditetapkan

CYBERJAYA – Sebanyak 33 orang pelajar Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) di Senawang, Negeri Sembilan disahkan dijangkiti Covid-19, semalam.

Pengerusi Pengelola STIAS Senawang, Abdullah Abdol Razak berkata, keputusan tersebut diperoleh hasil daripada ujian saringan yang telah dibuat terhadap seluruh warga kerja dan pelajar di STIAS Senawang.

Katanya, ini berikutan salah seorang pelajarnya didapati positif Covid-19 sebelum ini.

“Pihak pengurusan sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan melaksanakan kuarantin kendiri dengan tidak membenarkan warganya keluar daripada kawasan sekolah.

“Pada masa sama, pihak sekolah tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke kawasan sekolah sebaik sahaja mengetahui ada pelajar yang positif Covid-19,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook STIAS hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kesemua 33 orang pelajar tersebut telah pun dibawa ke pusat kuarantin khas oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, baki pelajar dan warga kerja yang masih belum mendapat keputusan diarahkan menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian daripada pihak KKM.

“Untuk makluman juga, seluruh kawasan sekolah STIAS Senawang telah disanitasi dan kini sudahpun ditutup dan dikosongkan sepenuhnya,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here