686 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula malam ini

0
346
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 686 kawasan di sekitar Lembah Klang bakal mengalami masalah gangguan air berikutan berlaku insiden paip air terawat bocor di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Menurut Air Selangor dalam satu kenyataan, berikutan itu loji tersebut terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada 8 pagi esok,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, bekalan air akan ditutup bermula pukul 9 malam ini dan sebanyak 686 kawasan akan mengalami gangguan air tidak berjadual.

Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air

Jelasnya, kawasan terlibat ialah Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam, Petaling dan Hulu Selangor.

Tambahnya, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat setelah kerja-kerja pembaikan siap dan sistem rawatan air di lojo beroperasi semula pukul 2 petang.

Sehubungan itu, Air Selangor meminta orang ramai menyimpan bekalan air yang mencukupi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here