Ahli Parlimen UMNO kekal sokong PN, tolak PKR dan DAP

0
244
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Parti UMNO mengambil pendirian untuk terus menolak sebarang bentuk kerjasama politk dengan parti PKR dan DAP di masa hadapan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja tertinggi UMNO yang berlangsung semalam.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, UMNO mendokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong semalam yang dapat mengendurkan segala ketegangan politik.

Pada masa sama, katanya, UMNO turut menyarankan supaya rekonsilasi nasional atau agenda perdamaian nasional segera dilaksanakan dengan penyertaan semua  parti sama ada dalam PN atau pun pembangkang.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, sempena Perhimpunan Agung UMNO akan datang, UMNO akan terus memastikan untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here