AMD perkenal siri Ryzen 5000 untuk lebih kuasa grafik

0
31
Unit pemproses siri Ryzen 5000

AMD baru-baru ini mengumumkan pemproses (processor) siri Ryzen 5000 untuk kegunaan komputer desktop yang merupakan barisan chip AMD terawal menggunakan teknologi terbaharu generasi Zen 3.

Dalam majlis pengenalan itu, AMD mempamerkan tiga daripada empat siri baharu iaitu AMD Ryzen 9 5900X, Ryzen 7 5800X dan Ryzen 5 5600X yang dijangka memasuki pasaran sekurang-kurangnya bulan depan.

AMD juga memberi jaminan bahawa siri baharu itu mempunyai penawaran kuasa prestasi sebanyak 19 peratus lebih baik daripada siri Ryzen 3000.

Saeid Moshkelani

Pengurus Besar merangkap Timbalan Presiden AMD, Saeid Moshkelani berkata, Ryzen 5000 menawarkan kuasa multi core dan single core yang direka khas untuk prestasi permainan video terbaik.

AMD juga mendakwa Ryzen 5900X menjadi CPU terbaik untuk permainan video sekaligus menjadi pesaing kepada processor Intel Core i9 10900K.

Bagaimanapun, laporan The Verge menafikan keupayaan processor AMD itu menyaingi prestasi generasi ke 10 Intel Core i9 10900K dari segi clock speed dengan perbezaan 4.9GHz berbanding 5.5GHZ.

AMD bagaimanapun menang besar dalam pelbagai aspek lain seperti penjimatan tenaga, keupayaan multi tasking dan penambahan bilangan core dan thread.

Ryzen 5000 dalam ujian penanda aras (benchmark) juga berjaya membuktikan peningkatan 21 peratus prestasi mengalahkan Intel dalam permainan video multiplayer seperti DOTA2, PUBG dan League of Legends.

Bagaimanapun dalam segmen permainan video single player seperti Battlefield V, AMD akur kepada kehebatan kuasa pemproses Intel.

Prestasi pemproser Ryzen 5000 melalui ujian penanda aras permainan video.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here