Anugerah Pecinta Nasyid IKIM angkat martabat industri nasyid

0
56
Farihin sedang menyampaikan sesuatu pada bengkel nasyid yang menghimpunkan pencipta, komposer, penulis lirik dan penyanyi yang telibat di dalam industri nasyid tempatan, baru-baru ini. – GAMBAR IHSAN IKIM

CYBERJAYA – Dalam membantu memartabatkan industri nasyid tempatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bakal menganjurkan Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) pada 13 Disember nanti.

Kata IKIM dalam satu kenyataan, penganjuran APNI selari dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri supaya IKIM turut berperanan mengangkat kedudukan industri nasyid tempatan.

GAMBAR IHSAN IKIM

“APNI adalah sebuah program pertandingan mencipta lagu-lagu nasyid berpandukan tujuh nilai-nilai penting dalam Islam yang juga merupakan nilai-nilai bersama IKIM iaitu ilmu, hikmah, adab, amanah, adil, taqwa dan benar,” jelas kenyataan tersebut.

Sempena dengan penganjuran anugerah ini, baru-baru ini pihak IKIM telah turut menganjurkan sebuah bengkel nasyid yang menghimpunkan pencipta, komposer, penulis lirik dan penyanyi yang telibat di dalam industri nasyid tempatan dengan tujuan menggalakkan penerbitan lagu nasyid baharu yang mengangkat elemen seni Islam seperti Tarannum, Qasidah dan sebagainya.

Pada masa yang sama, bengkel ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menghasilan lagu dan lirik nasyid yang baik berdasarkan kefahaman Islam yang benar.

Diterajui oleh satu nama besar dalam industri nasyid iaitu Farihin Abdul Fatah sebagai Mentor, bengkel ini turut disertai oleh tujuh orang penerbit lagu sebagai ketua kumpulan bersama seorang penyusun muzik dan penulis lirik dan penyanyi.

Antara penerbit yang terlibat adalah Mohammad Hafiz Hamidun, Azmee Abdul Manap (Daqmie), Muhammad Yasin Sulaiman, Ikhwan Fatanna, Fuad Zabidi (Fuad Ko), Azhrul Nasir (Along Exists) dan Mohd. Hazry Mohd. Hafidz (AG Coco).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here