Apa yang paling kita mahu elakkan kini sudah jadi realiti

0
298
GAMBAR HIASAN

NEGARA kini berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19, dan ini memaksa Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Sabah, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Manakan tidak, sudah hampir seminggu jumlah kes positif baharu wabak ini mencecah tiga angka dengan konsisten, dengan hampir tiap hari kes kematian turut dilaporkan.

Adakah kita sudah bersedia untuk membayar harga yang mahal, jika kerajaan melaksanakan kembali PKP secara menyeluruh?

Ingat, kita semua sudah melalui fasa tersebut, dan kita semua tahu akibatnya.

Suka atau tidak, kepatuhan pada PKPB memerlukan nilai disiplin yang tinggi.

Perebakan Covid-19 boleh dikawal jika kita semua patuh pada arahan.

Kita semua pernah lakukan yang terbaik sebelum ini, tetapi kenapa sekarang kita leka? Adakah kita sudah bosan dengan keadaan, hingga melupakan terus tatacara kehidupan ‘norma baharu’?

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here